1 1/2 ekor ayam (ayam sekor potong 30)
** 1 cawan rempah kurma adabi dicampur dengan 1cawan rempah basah
2 cawan minyak
500gm santan
Gula dan garam secukup rasa
6 biji kentang potong sederhana besar
4 helai daun limau purut,siat siat buang batang tengah sebab pahit
4 keping asam keping
** 1 batang kayu manis
** 2 biji bunga cengkih
** 2 biji bunga lawang
** 4 biji buah pelaga
~tumis dengan minyak semua bahan ** dalam periuk besar
~semasa menumis guna api sederhana dan kacau sepanjang masa sehingga rempah bau harum dan naik minyak. Biasa kacau dalam 20minit. Jika tak, rempah akan berbau tak masak dan kuah pun tak sedap 😓
~masuk 4 cawan air, santan, kentang, ayam, daun limau purut, asam keping
~masukkan gula 1/2 sudu besar untuk ganti ajinamoto dan garam secukup rasa dan kacau
~tambah air jika nak kurangkan kepekatan
~biasa ayam dan kentang masuk waktu yang sama. Bila kentang empuk maknanya ayam pun dah masak.
:::dulu bila nak masak gulai kurma ayam ni takde rempah siap macam sekarang, anti kena giling kas-kas dengan ketumbar campur rempah basah
No comments:
Post a Comment